Assalamualaikum sahabat-sahabat Nurul semua.. Apa khbr semua? Nurul hrp semuanya sihat-sihat n ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta..
Entri Nurul kali ini adalah untuk memberi semangat kepada adik-adik yang bakal kembali ke sekolah beberapa hari lagi.. Mcm mana dgn persiapan nk ke sekolah? Semuanya dh ready ke? Bkn shja brg2 yg kena ready tp mental dan fizikal adik-adik pun kena ready juga tau.. Adik-adik kena ingt, zaman sekolah la paling best dalam kehidupan kita ni.. Akak teringin sangat nk kembali ke alam persekolahan, tp tu semua dh berlalu.. Kepada adik-adik yang masih lagi bersekolah, kena belajar bersungguh-sungguh kerana sekarang merupakan masa adik-adik mencorakkan masa depan adik-adik.. So, corakkan masa depan adik dengan cemerlang ye.. Smoga adik-adik semua berjaya di masa akan datang.. InsyaAllah.. Akak doakan yang terbaik untuk adik-adik semua.. Adik-adik kena buat sesuatu yang boleh membanggakan orang tua adik-adik kerana mereka semtiasa mendoakan kejayaan adik-adik di dunia dan di akhirat.. Meskipun orang tua adik-adik selalu marahkan adik-adik, sebenarnya diorang nkkan yang terbaik untuk adik-adik.. Semoga berjaya ye buat adik-adik..
Di samping itu juga, Nurul nk ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 dan selamat tggal 2012 kepada semua sahabat-sahabat Nurul.. Tanamkan azam baru di hati dan semoga berjaya di tahun baru kepada semua.. Semoga ceria-ceria selalu.. Assalamualaikum.. ^_^
Sunday, 30 December 2012
Friday, 21 September 2012
Membaca Bismillah
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."Cara Mengamalkan:
- Hendaklah membaca Bismillah ini sebagai amalan harian atau rutin setiap hari sebanyak 786 kali nescaya dikurniakan Allah s.w.t terang hati, mudah mengingati ilmu yang dipelajari dan tajam minda.
- Menurut kebanyakan ulama, Bismillah juga boleh dibacakan pada air yang bersih dalam satu bekas juga sebanyak 786 kali dan diminum, semoga Allah membuka pintu hati seseorang, dapat memahami dan mengingati setiap ilmu yang dipelajarinya.
- Menurut ulama hikmah, barangsiapa membaca Bismillah 1000kali setiap hari, nescaya Allah s.w.t membersihkan hatinya dan sentiasa ingat dan faham serta kuat daya hafazannya apa yang didengari dan apa yang dipelajarinya.
Monday, 23 July 2012
Salam Perkenalan...
Assalamualaikum dan salam ukhwah Nurul hulurkan kepada rakan-rakan sekalian. Ini merupakan blog Nurul yang kedua selain blog Nurul yang pertama http://sisnurul92.blogspot.com/. Di dalam blog ini Nurul ingin kongsikan hadith-hadith, mutiara kata, doa-doa dan kisah-kisah tentang Islam yang Nurul kumpulkan. Insya'ALLAH boleh menjadi pedoman, panduan dan pengetahuan kepada sahabat-sahabat sekalian. Apa yang baik itu semuanya daripada Allah s.w.t dan yang kurang itu adalah daripada kelemahan Nurul sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)